SG Bagus Main Menu

Tarikan program sarjana muda pengajian Islam

Tarikan program sarjana muda pengajian Islam
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: Program sambilan Sarjana Muda Pengajian Islam kendalian Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri yang mengambil masa empat tahun dan dimulakan Julai tahun lalu mendapat sambutan positif daripada pelajar yang antaranya terdiri daripada mereka yang bertugas sebagai teknisyen, kakitangan awam dan asatizah. - Foto AL-ZUHRI
HASLEEN BACHIK

PROGRAM Sarjana Muda Pengajian Islam kendalian Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri yang mengambil masa empat tahun secara sambilan telah mendapat sambutan positif meskipun ia menuntut pelajar agar meluangkan masa selama sembilan jam setiap minggu pada Jumaat dan Sabtu.

Menurut Pemangku Pengurus Al-Zuhri, Ustaz Mas'udin Syarifuddin, profil pelajar terdiri daripada bekas pelajar sepenuh masa di madrasah setempat, termasuk dari Andalus dan Al-Zuhri serta institusi lain seperti Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Perdaus.