SG Bagus Main Menu

Ramai pelajar Wak Tanjong ke universiti Timur Tengah

Ramai pelajar Wak Tanjong ke universiti Timur Tengah
ASATIZAH MASA DEPAN: Antara penekanan kepada murid Madrasah Wak Tanjong ialah penguasan dalam bahasa Arab. - Foto MADRASAH WAK TANJONG
RADEN ZAINAL MUSTAFA

SEBAHAGIAN besar lulusan prauniversiti Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah melanjutkan pengajian mereka ke universiti di Timur Tengah bagi mendalami Bahasa Arab dan pengajian agama seperti Syariah dan Usuluddin.

Ini kerana dengan belajar di universiti yang bahasa pengantarnya bahasa Arab, ia dapat memberikan pendedahan sebenar kepada persekitaran yang memaksa mereka bertutur dalam bahasa Arab.