SG Bagus Main Menu

Pusat hentian dalami agama melalui Pengajian Islam

Pusat hentian dalami agama melalui Pengajian Islam
BERI PENUMPUAN: Bacaan dengan mempelajari pengajian Al-Quran, Bukan hanya di peringkat asas malahan hingga ke peringkat mendapatkan sijil pengiktirafan guru Al-Quran QTRS. Pelajar juga boleh diberi peluang bagi meneruskan bacaan yang bersanad. - Foto PERGAS
USTAZAH NAZRANA HANIFF

SEJAK penubuhan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pada 1956, Pergas telah menjalankan beberapa aktiviti dakwah dan kelas pengajian Islam untuk peringkat dewasa bagi penerusan kepada pengajian Islam di Singapura.

Selaras dengan misi dan visi Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP), Pergas menumpukan teras pendidikannya kepada pembangunan sahsiah dan pembinaan modal insan yang seimbang. Sistem ini banyak menitikberatkan nilai penghayatan Islam dan praktikalnya dalam kehidupan seharian.