SG Bagus Main Menu

Peluang sertai seminar pendidikan keluarga

Peluang sertai seminar pendidikan keluarga
KUKUHKAN HUBUNGAN: Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah sudah membuka pendaftaran seminar dengan bayaran $40 seorang bagi dewasa dan $30 bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 16 tahun. - Foto MADRASAH WAK TANJONG
RADEN ZAINAL MUSTAFA

MENUTUP tirai 2014 melalui seminar transformasi minda sesebuah keluarga agar anak-anak dapat mengharungi cabaran pendidikan sama ada dari peringkat menengah, pos menengah dan tinggi.

Itulah langkah yang diambil oleh Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah dengan kerjasama penganjur acara Ar-Rayyan Corporation Pte Ltd untuk mengadakan sebuah seminar yang diberi tajuk Jom Rempuh 2015 Transformasi Keluarga Positif.