Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Wakaf Masjid Khalid satu lagi langkah makmurkan wakaf di Singapura

SYABAS kepada Masjid Khalid kerana menjadi masjid pertama melancarkan wakaf masjid dengan sumbangan masyarakat Islam. Dengan pembelian dua hartanah bersebelahannya bernilai $1.09 juta yang akan dipertingkat dan disewakan, masjid itu akan mempunyai sumber pendapatan yang tetap bagi menyokong perbelanjaannya.

Memang institusi wakaf besar potensinya di Singapura. Nilai aset kesemua hartanah wakaf di negara ini meningkat hampir 20 peratus dalam tempoh dua tahun lalu - daripada $500 juta kepada $592 juta kini. Sudah ada model wakaf seperti Wakaf Kassim dengan Kompleks Wisma Indah dan Teluk Indahnya, serta Wakaf Bencoolen. Pun ada Wakaf Ilmu yang membolehkan individu mewakafkan wang tunai.