Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Usaha tangani keganasan keluarga harus dipergiat dan menyeluruh

Pertambahan kes keganasan keluarga yang didengar Mahkamah Keluarga daripada 978 pada 1995 kepada 3,200 tahun lalu agak membimbangkan. Jelas sekali masalah keganasan keluarga belum dapat dibendung dan perlu diberi perhatian. Pave, badan utama yang mengendalikan kes keganasan keluarga, mendapati 72 peratus daripada 3,600 kes keganasan (17 peratus melibatkan orang Melayu) yang ditangani sepanjang 10 tahun lalu merupakan keganasan terhadap pasangan.

Keganasan dalam keluarga - baik suami mengasari isteri, sebagaimana lebih lazim, mahupun isteri membelasah suami atau ibu bapa mendera anak - meninggalkan kesan negatif ke atas rumah tangga dan hubungan kekeluargaan. Ia boleh meninggalkan parut emosi mendalam dan kesan fizikal teruk hingga membawa kepada masalah lebih berat. Anak-anak yang mengalami keganasan ibu bapa, misalnya, boleh mewarisi bibit-bibit peribadi ganas dalam diri mereka hingga mencetus lingkaran musibah tidak berkesudahan.