Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Thailand perlu semangat berbaik sewatan

DAPATKAH pilihan raya umum yang dirancang pada 2 Februari tahun depan menghuraikan kemelut yang mencengkam Thailand sekarang? Ramai yang meragukannya, walaupun nampaknya inilah sahaja pilihan yang ada pada Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, selepas hampir dua minggu dikepung protes gerakan baju kuning.

Thailand ternyata masih di persimpangan dalam mencari kedewasaan demokrasi. Jika parti Puea Thai pimpinan Cik Yingluck terpilih lagi dalam pilihan raya nanti, bantahan tentu akan berulang. Sebabnya: ketua gerakan protes, Encik Suthep Thaugsuban, tidak mahukan saki-baki keluarga Thaksin dan konco-konconya dalam siasah Thailand. Beliau mahu membentuk sebuah majlis rakyat tetapi bukan dipilih rakyat. Jika kemahuannya diturutkan pula, di mana perginya demokrasi di negara itu nanti?