Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Pertumbuhan Singapura diramal lebih tinggi

Bank Standard Chartered kelmarin menerbitkan laporan tahunannya mengenai ekonomi dunia, 'Global Focus'. Laporan berhubung keadaan ekonomi tahun depan itu bertajuk 'Rising East, Emerging West' (Timur Sedang Meningkat, Barat Sedang Muncul). Berikut laporannya mengenai Singapura.

Pertumbuhan Singapura diramal lebih tinggi
KEDUDUKAN KUKUH: Ekonomi Singapura yang begitu terbuka berada dalam kedudukan baik untuk mendapatkan manfaat daripada peningkatan dalam permintaan luaran. - Foto fail

KAMI menjangka permintaan luar negeri bersih akan menyokong pertumbuhan pada tahun depan. Kami meramalkan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tahun depan sebanyak 4.4 peratus, lebih tinggi daripada 2-4 peratus yang diramal pemerintah.

Bagi 2013, kami menyemak naik ramalan kami bagi pertumbuhan penuh sepanjang tahun kepada 3.9 peratus (berbanding ramalan pemerintah sebanyak 3.5-4.0 peratus.