Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Pemerintah ingin pandangan jujur

Tapi golongan yang menyuarakan pendapat di Internet perlu bertanggungjawab Dalam wawancara dengan media SPH, Dr Yaacob Ibrahim baru-baru ini bercakap tentang pelbagai isu berkaitan cabaran dan peranannya sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan dan juga sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Pemerintah ingin pandangan jujur
DR YAACOB: Tahun 2013 'penuh dengan peristiwa', dan banyak yang boleh dipelajari daripada pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini. - Foto TUNI SHARIFF
Nur'adilah Mahbob dan Rosebi Mohd Sah

PEMERINTAH mahu mendengar lebih banyak pandangan yang jujur tetapi mereka yang menyuarakannya di Internet harus bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.

Demi menggalakkan perbincangan yang jujur dan sihat di Internet, pengguna dan mereka yang terlibat dalam perbincangan itu juga wajar menjaga etika atau adab tertib.