Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Di mana Asean ketika diperlukan?

Taufan Haiyan yang memusnahkan sebahagian besar kawasan tengah Filipina pada 8 November lalu boleh dilihat sebagai contoh bagi operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) tentera laut berbilang negara pada masa akan datang. Namun, usaha bantuan itu diketuai negara-negara luar rantau, dengan sebahagian besar tentera laut Asean tidak ikut serta. Ikuti ulasan berikut.

Di mana Asean ketika diperlukan?
MANGSA TAUFAN HAIYAN DI FILIPINA: Asean didapati lambat bertindak membantu Filipina sedangkan perhatian berprofil tinggi diberikan kepada kerjasama Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) dalam Asean sendiri. - Foto fail
EUAN GRAHAM

RESPONS antarabangsa yang terpapar menyusuli Taufan Haiyan, yang kemusnahannya setanding tsunami Lautan Hindi 2004, puting beliung Nargis pada 2008 dan tiga bencana di Jepun pada 2011, sekali lagi mendedahkan pentingnya tentera laut kepada operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Asia.

Kesemuanya, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun, mengerahkan aset tentera masing-masing sejajar dengan usaha bantuan awam mereka yang besar.