Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Meredakan tikai zon pertahanan China

SEJAK China mengumumkan zon pertahanan udara di kawasan Laut China Timur, termasuk kepulauan Diaoyu atau Senkaku yang dipertikai kedaulatannya, semacam keruncingan timbul di Asia. Pengumuman China, negara 1.32 bilion jiwa ini, memancarkan keyakinan barunya sebagai kuasa ekonomi dan kuasa tentera.

Namun keyakinan ini juga menimbulkan keresahan jiran-jirannya bukan saja di zon tadi, bahkan di gugusan pulau Laut China Selatan yang masih bertindih hak pemilikannya dengan beberapa negara Asean. Adakah lawatan enam hari Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, minggu ini ke Jepun, China dan Korea Selatan, dapat melegakan tengkarah tadi? Ini memandangkan China telah menggunakan nada tegas dalam pengumumannya untuk bertindak tegas pada kehadiran pesawat udara asing di zon itu.