Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Antara 'layanan istimewa' dengan berdikari

DALAM konteks kehidupan masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama, isu 'layanan istimewa' kepada orang Melayu pasti ditimbulkan dari masa ke masa oleh kaum lain kepada pemerintah.

Ia bak sebuah keluarga yang mempunyai ramai anak dan setiap anak pasti menginginkan atau mengharapkan daripada ibu bapanya sesuatu yang dirasakannya perlu daripada kaca mata dan fikirannya sendiri.