Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Filem Melayu 'bernyawa' semula

Pembikin, penerbit filem Melayu akan hasilkan lebih banyak karya

Filem Melayu 'bernyawa' semula
POSTER FILEM 'BANTING': Filem terbitan Papahan Films disertakan dalam Forum Televisyen Asia (ATF) dan Screen Singapore. - Foto PAPAHAN FILMS
SAYANG DISAYANG: Filem Melayu dibintangi Rafaat Hamzah (kiri) and Datuk Rahim Razali. - Foto REELJUICE
KELAS 6C, 1985: Dihasilkan syarikat Shortman Films telah dibeli Disney Channel dan disiarkan di beberapa negara Asean. - Foto SHORTMAN FILMS
Encik Sanif Olek, pembikin filem.
SHAMSUL JANGARODIN

SETELAH sekian lama terkubur, industri perfileman Melayu Singapura mula menampakkan harapan untuk kembali bernyawa, meskipun permulaannya tidak segah pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Dengan kemunculan beberapa filem Melayu dan filem Singapura yang mempunyai unsur-unsur kemelayuan yang dihasilkan di sini dan dijangka ditayang tahun hadapan, ramai penggiat seni yakin trend itu semakin menampakkan sinarnya.