Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27
Selera Perancis
CEF EMRAN: Beliau pernah bekerja dengan beberapa restoran di London selama sembilan tahun termasuk restoran MAZE milik Cef Gordon Ramsey. - Foto IVY RESTAURANT
JUADAH BARAT: Ikan Siakap digoreng cetek dimakan dengan bahan sampingan seperti sayur bayam, cendawan, puri lobak dan sos beurre blanc. - Foto-foto HAZAMI HAMIDON
SUNGGUH ENAK: Hidangan daging bebiri bahagian bahu menggunakan sos campuran mentega dan bawang putih.
JUADAH BARAT: Ikan Siakap digoreng cetek dimakan dengan bahan sampingan seperti sayur bayam, cendawan, puri lobak dan sos beurre blanc. - Foto-foto HAZAMI HAMIDON
Alijah Batcha

RESTORAN Ivy nama yang dipilih untuk menggambarkan suasana mesra alam dan keindahan semula jadi Pantai Siloso di Sentosa, tempat restoran ini terletak.

Satu-satunya restoran makanan Barat pengaruh Perancis halal di pulau peranginan ini dimiliki bersama Encik Khamil Hyder dan Encik Emran, seorang Muslim yang berasal dari Poland dan juga ketua cef restoran ini. Restoran Ivy bertaraf separuh fine-dining dalam erti kata juadah yang dihidangkan bermutu tinggi tetapi dalam suasana santai, kasual dan kontemporari.