Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Program baca untuk anak banduan wanita

Program baca untuk anak banduan wanita
SUDAH BERSEDIA: Cik Saleemah Ismail (kiri) dengan dua rakannya, Cik Serene Yeow (tengah) dan Cik Choo Meng Eng (kanan), sedang menyiapkan buku-buku terpakai untuk kanak-kanak yang akan dilibatkan dalam program 'Pembaca Awal' mulai tahun depan. - Foto TUKIMAN WARJI
DEWANI ABBAS

SEKITAR 20 anak para tahanan wanita di dalam penjara akan diberikan bimbingan dalam keupayaan membaca dalam bahasa Inggeris menerusi satu program dinamakan Pembaca Awal atau 'Early Reader'.

Ia diusahakan oleh aktivis sosial, Cik Saleemah Ismail, dan empat rakannya bagi mempersiap kanak-kanak ini dalam keupayaan membaca daripada peringkat awal sebelum mereka masuk sekolah.