Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Monolog 3 Dara

Teater Kami pentaskan kisah pemuja kronik, cari jodoh dan kegemukan dalam 'Tumpil Yang Tampil'

Monolog 3 Dara
CERITA KAMI: Norsuryana Mohd Norddin (kiri) dan Nuraisyah Rahmat (kanan) seronok menimba pengetahuan dalam bidang lakonan, arahan, penulisan skrip dan pencahayaan dengan bantuan mentor, Saiful Amri Ahmad Elahi (dua dari kiri) dan Adib Kosnan Siran. - Foto M.O. SALLEH
KETENGAHKAN KISAH PERIBADI: Nurul Jannah Jamaludin yang pernah diburu lelaki dari seberang yang mengganggunya menerusi Facebook dan telefon, berkongsi isi hati dalam monolog 'Died In My Chair'. - Foto TEATER KAMI
HARYANI ISMAIL

KISAH-KISAH peribadi yang mengusik jiwa, terkesan di hati atau menghantui fikiran, mencetus idea bagi tiga wanita menghasilkan monolog sulung mereka.

Nurul Jannah Jamaludin, 25 tahun, guru pertuturan dan drama bebas, dibayangi kisah pemuja kroniknya di Facebook sehingga timbul ilham monolog Died In My Chair.