Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Kenapa buat bayaran ribuan ringgit pakai syiling?

Pelakon kembalikan 'wang' dari Erma Fatima

Kenapa buat bayaran ribuan ringgit pakai syiling?
REBECCA NUR ISLAM: Saman Erma Fatima sebab gagal bayar baki bayaran wang lakonan. - Foto MURAI.COM
REBECCA NUR ISLAM: Saman Erma Fatima sebab gagal bayar baki bayaran wang lakonan. - Foto MURAI.COM

PELAKON Rebecca Nur Islam akui telah dinasihati oleh peguamnya supaya menolak wang tuntutan yang dibayar oleh pengarah Erma Fatima iaitu sebanyak RM11,200 (S$4,344) dalam bentuk wang syiling 5 sen dan sekotak hadiah yang dipercayai mengandungi al-Quran.

Rebecca berkata peguamnya, Nordin, yang menerima wang itu di pejabatnya telah menyuruh pihak Erma Fatima mengambil kembali wang dan hadiah berkenaan kerana tidak dapat menerimanya atas sebab undang-undang.