Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Kagum dan Sedih

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika di Jawa Tengah

Kagum dan Sedih
DESTINASI SANGAT DINANTI-NANTIKAN: Penulis memetik gambar kenangan di depan Candi Prambanan di Jawa Tengah pada 25 November lalu. – Foto NURUL ‘AIN RAZALI
CIPTAAN TUHAN YANG MEMPESONAKAN: Tempuran menyatukan tiga sungai, di mana satu datangnya dari gunung berapi Merapi (sungai di latar). Tempuran ini boleh dilihat jika kita menaiki kereta kuda di Kampung Candirejo.
UNIK: Beginilah rupa salah satu patung Buddha yang diukir di Candi Borobudur. Setiap patung Buddha diukir dengan gaya sedang bermeditasi menghadapi kehijauan.
JARANG DILIHAT: Pengendali kereta kuda di Kampung Candirejo, berdekatan dengan gunung berapi Merapi, boleh membawa pengunjung ke kampung pedalaman dan menyaksikan kehidupan harian orang Jawa.
HANYA TINGGAL KENANGAN: Jam dinding di muzium kecil Kampung Petung ini merakam detik gunung berapi Merapi meletus pada 5 November 2010.
NURUL 'AIN RAZALI

MESKIPUN dikenali sebagai negara dengan jumlah penduduk Muslim terbesar di dunia, Indonesia tetap berjuang melestari dan mengetengahkan budaya, sejarah serta warisannya.

Antara contoh paling ketara ialah pelestarian bangunan keagamaan bersejarah yang juga Tapak Warisan Dunia Unesco, kuil Hindu tertinggi Asia Tenggara, Candi Prambanan, dan kuil Buddha terbesar dunia, Candi Borobudur, di provinsi Jawa Tengah.