Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Firma buka pejabat di Nusajaya

Ridjal yang anjurkan Wakalikong dan Oumiworks yakin dengan potensi pembangunan di Iskandar Malaysia

Firma buka pejabat di Nusajaya
GIAT BERKEMBANG: Encik Ridjal yang pakar dalam rekaan grafik dan penghasilan produk pullupstand, seperti dalam gambar, berharap pejabatnya di Johor akan membuka laluan kepada peluang niaga lebih luas di Malaysia. - Foto TAUFIK A. KADER
ATIYYAH MOHD SAID

FIRMA perniagaan menerusi Internet, pullupstand.com, akan membuka pejabatnya yang pertama di Nusajaya, Iskandar Malaysia, bulan depan dalam usaha meluaskan sayap ke luar negara.

Ia juga telah meluaskan bidang niaganya - daripada menghasilkan bahan-bahan pemasaran syarikat khususnya sepanduk berdiri, ia kini memasuki bidang latihan keusahawanan dan pendidikan dengan menubuhkan dua syarikat baru.