Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Crescentrating kerjasama dengan Kuoni

Crescentrating kerjasama dengan Kuoni
SEDIA KHIDMAT LEBIH BAIK: Encik Fazal Bahardeen memberitahu, syarikat Crescentrating berganding bahu dengan firma global untuk menawarkan khidmat lebih baik.- Foto FAZAL BAHARDEEN
ATIYYAH MOHD SAID

SYARIKAT setempat, Crescentrating, telah menjalin kerjasama dengan salah sebuah firma penyedia khidmat pelancongan terbesar sejagat, Kuoni Group Travel Experts, untuk membangunkan produk pelancongan halal, sedang golongan pelancong Muslim global semakin meningkat.

Ini adalah kali pertama Crescentrating, sebuah firma penilaian mesra halal untuk industri pelancongan, berganding bahu dengan firma global untuk menawarkan khidmatnya.