Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Banyak peluang niaga dan kerjasama di Palestin

SME miliki kepakaran pendidikan, latihan dan teknologi yang boleh dimanfaat di Timur Tengah

Banyak peluang niaga dan kerjasama di Palestin
TUKAR PENDAPAT: Encik Rohim (tengah) berpeluang bertukar pandangan dengan para delegasi termasuk (dari kiri) Encik Iimura, Encik Mohd Abu Ramadan; Menteri Ehwal Perancangan Palestin dan Encik David Simha; Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Palestin dan Israel. - Foto ROHIM SARIP
ATIYYAH MOHD SAID

PALESTIN menawarkan banyak peluang perniagaan dan kerjasama yang boleh diterokai oleh peniaga Singapura, khususnya dalam bidang pelancongan serta latihan dan pendidikan.

Bagaimanapun, cabaran dari segi keselamatan dan kekurangan maklumat tentang pasaran itu terus menjadi hambatan pada para peniaga dari merata dunia.