Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Penunjuk perasaan siap lancar semula kempen guling Yingluck

BANGKOK: Para penunjuk perasaan antikerajaan kini bersiap sedia untuk melancarkan semula kempen mengguling Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, selang sehari Thailand tenang menyambut ulang tahun Raja Bhumibol Adulyadej.

Kumpulan itu tidak mempunyai rancangan bertindak segera semalam tetapi hanya menantikan "ucapan penting" daripada pemimpin mereka, Encik Suthep Thaugsuban, pada lewat malam tentang langkah mereka selanjutnya.