Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

KRISIS POLITIK THAILAND

Pembantah mahu Yingluck dibicara

Penunjuk perasaan antikerajaan tuduh PM Thai khianati negara dan gesa semua ahli keluarga diusir

Reuters

BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan semalam berkata Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, harus dibicarakan atas tuduhan mengkhianati negara dan semua anggota keluarganya diusir sehingga mereka tidak lagi boleh menyertai politik.

Pemimpin penunjuk perasaan, Encik Suthep Thaugsuban, berkata pihak polis sepatutnya menahan Cik Yingluck, yang pentadbirannya didakwa masih lagi dipengaruhi oleh abangnya, Encik Thaksin Shinawatra.