Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

PERBICARAAN WANITA BERPURDAH DI PERANCIS

Peguam: Larangan adalah tidak sah

AFP

VERSAILLES: Perbicaraan utama bermula semalam di Perancis dengan peguam seorang wanita muda mencabar kesahan larangan pemakaian purdah di tempat-tempat awam.

Mahkamah di Versailles di luar Paris akan mendengar hujah daripada peguam Cik Cassandra Belin, 20 tahun, bahawa larangan pemakaian purdah - yang berkuat kuasa sejak 2011 - merupakan satu diskriminasi dan tidak mengikut perlembagaan.