Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Najib disaran lantik isteri jadi menteri

Najib disaran lantik isteri jadi menteri
DATIN SERI ROSMAH: Apa yang dilakukannya sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu -

KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, dengan sinis mencadangkan agar isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, dilantik ke jawatan menteri.

Menurutnya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh menuduh Datuk Seri Najib menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan Datin Seri Rosmah menggunakan kemudahan kerajaan.