Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

BELASUNGKAWA MANDELA

'Mandela milik sepanjang zaman'

'Mandela milik sepanjang zaman'
SELAMAT BERPISAH: Seorang penyokong Encik Mandela menunjukkan tajuk berita sebuah akhbar di luar rumah ikonnya itu. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Para pemimpin dunia telah memberikan penghormatan penuh takzim kepada Encik Nelson Mandela, selepas wira antiaparteid berusia 95 tahun yang pernah menjadi presiden pertama dilantik secara demokratik di Afrika Selatan itu meninggal dunia awal kelmarin.

"Beliau bukan lagi milik kita; beliau milik sepanjang zaman," kata Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, meminjam kata-kata perhormatan yang pernah diberikan kepada Encik Abraham Lincoln, bekas presiden Amerika yang terkenal kerana membebaskan perhambaan.