Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Kes Pedra Branca: Najib diminta siasat dakwaan dalam akuan bersumpah

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Johor semalam menuntut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya menyiasat dakwaan akuan bersumpah yang dibuat mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, mengenai salah laku dalam kes pulau Pedra Branca.

Dalam akuan bersumpah berjumlah 31 muka surat yang dibuat hampir tiga bulan lalu itu, Datuk Mat Zain mendakwa beratus-ratus juta ringgit telah bertukar tangan dan didepositkan ke dalam akaun bank di Hongkong ekoran kes Pedra Branca, yang memperlihatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berpihak kepada Singapura.