Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Jumlah mangsa dipindahkan terus naik

Jumlah mangsa dipindahkan terus naik
MEREDAH BANJIR YANG BELUM REDA: Orang ramai terpaksa meredah keadaan banjir yang berlaku di sepanjang Jalan Bahagia, di Mersing, Johor, kelmarin. - Foto THE STAR

JOHOR BAHRU: Bilangan mangsa banjir di Johor meningkat sedikit pagi semalam, sedang keadaan banjir semakin teruk di beberapa kawasan di Malaysia dan jumlah mereka yang dipindahkan di negeri-negeri terjejas terus meningkat, menurut laporan akhbar-akhbar di negara itu.

Akhbar The Star melaporkan bahawa pusat operasi banjir Johor mencatatkan seramai 1,633 mangsa yang berada di sana pada 8 pagi semalam, berbanding 1,507 mangsa pada 9 malam kelmarin.