Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Afrika Selatan buat persiapan jadi hos pemimpin dunia beri penghormatan

JOHANNESBURG: Afrika Selatan semalam membuat persiapan bagi menjadi hos kepada Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan para pemimpin dunia lain yang mahu memberi penghormatan mereka kepada mendiang Nelson Mandela - ikon antiaparteid - sepanjang tempoh perkabungan selama 10 hari.

Kelmarin, Presiden Afrika Selatan, Encik Jacob Zuma, mengumumkan tempoh perkabungan bagi Encik Mandela, pengasas dan bapa era moden Afrika Selatan dan pemimpin kulit hitam pertama negara itu, selepas beliau meninggal dunia lewat Khamis lalu pada usia 95 tahun di rumahnya.