Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

PEMBUBARAN PARLIMEN THAILAND

Abhisit: Langkah pertama hurai krisis

Namun, pemimpin pembangkang enggan sahkan sama ada Parti Demokrat akan bertanding

Abhisit: Langkah pertama hurai krisis
ENGGAN HENTIKAN BANTAHAN: Penunjuk perasaan berarak menuju ke bangunan Rumah Kerajaan di Bangkok semalam dan berikrar akan meneruskan bantahan walaupun Parlimen telah dibubarkan. - Foto AFP

BANGKOK: Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, merupakan "langkah pertama" dalam usaha menghuraikan krisis politik negara itu, kata pemimpin pembangkang daripada Parti Demokrat, semalam.

Encik Abhisit Vejjajiva, bagaimanapun, enggan mengesahkan sama ada partinya akan bertanding dalam pilihan raya baru, yang akan diadakan pada 2 Februari ini.