Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Ke Eropah Dengan Pakej Mesra Muslim

Ke Eropah Dengan Pakej Mesra Muslim
KAPAL PELAYARAN SUNGAI RHINE: Kapal ini membawa para penumpang menyusuri Sungai Rhine sambil melihat sekelilingnya yang dipenuhi istana-istana dan kubu-kubu kuno. Ada di antaranya masih digunakan sehingga hari ini sebagai hotel, restoran mahupun kediaman peribadi.
CARA MEMBUAT JAM BURUNG: Lelaki ini menunjukkan cara jam burung dibuat di sebuah kawasan di Hutan Hitam atau Blackforest di Jerman. Jam burung merupakan hasil tangan asli beberapa keluarga di kawasan itu sehingga hari ini yang dieksport ke serata dunia.
ALA MEDITERRANEAN: Kebanyakan makanan halal di Paris merupakan makanan masyarakat Maghribi ataupun Algeria seperti kuskus yang dihidangkan di sebuah restoran Maghribi di Paris ini. Kuskus dimakan seperti nasi dengan lauk-pauk, antaranya kari daging dan dalca.
MENAKJUBKAN: Kawasan di sekitar perkampungan di Giswil ini begitu menenangkan, dan pengalaman menaiki kereta kuda sambil menikmati pemandangan indah yang putih dan sejuk cukup mengagumkan.
DAYA TARIKAN TERBARU PARIS: Selain melihat lukisan potret asli Monalisa yang disimpan di Muzium Lourve ini, para pengunjung, khususnya Muslim, pasti tertarik dengan pameran terbaru seni kontemporari Islam, memaparkan artifak dan seni masyarakat Islam dari seluruh dunia, yang baru dibuka di situ September lalu.
Shamsul Jangarodin

shamj@sph.com.sg

MENIKMATI masakan halal gulai ayam, rendang daging dan keropok udang bersama nasi hangat sambil menikmati pemandangan indah dari bot menyusuri terusan yang mengalir di sekitar kota Amsterdam, Belanda.