Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Ke Eropah Dengan Pakej Mesra Muslim

Makanan halal dan waktu solat diambil berat

Ke Eropah Dengan Pakej Mesra Muslim
KOTA LUCERN: Kota ini paling banyak dilawati di Switzerland dan antara tarikannya ialah Jambatan Chapel ini yang dibina pada tahun 1333 dan diperbuat daripada kayu. Pada kurun ke-13, menara air di jambatan itu sebuah menara pemantauan dan pernah menjadi sebuah penjara dan bilik penderaan.
KAPAL PELAYARAN SUNGAI RHINE: Kapal ini membawa para penumpang menyusuri Sungai Rhine sambil melihat sekelilingnya yang dipenuhi istana-istana dan kubu-kubu kuno. Ada di antaranya masih digunakan sehingga hari ini sebagai hotel, restoran mahupun kediaman peribadi.
CARA MEMBUAT JAM BURUNG: Lelaki ini menunjukkan cara jam burung dibuat di sebuah kawasan di Hutan Hitam atau Blackforest di Jerman. Jam burung merupakan hasil tangan asli beberapa keluarga di kawasan itu sehingga hari ini yang dieksport ke serata dunia.
MENAKJUBKAN: Kawasan di sekitar perkampungan di Giswil ini begitu menenangkan, dan pengalaman menaiki kereta kuda sambil menikmati pemandangan indah yang putih dan sejuk cukup mengagumkan.
Shamsul Jangarodin

MENIKMATI masakan halal gulai ayam, rendang daging dan keropok udang bersama nasi hangat sambil menikmati pemandangan indah dari bot menyusuri terusan yang mengalir di sekitar kota Amsterdam, Belanda.

Di kota Lucern, Switzerland, santapan halal ala Timur Tengah kebab dan shawarma menjadi pengisi perut setelah puas terpegun melihat keindahan gunung-ganang diselaputi salji putih di sekitar kota purba itu.