Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Cabaran Daki Dalam Salji

Jadi kenangan manis walau hasrat tawan puncak terhambat

Cabaran Daki Dalam Salji
GUNUNG BALANG: Lereng dan puncak-puncak gunung diselimuti salji di Laluan Balang menghidangkan pemandangan bak di Switzerland dan New Zealand.
DICABAR KESEJUKAN: Jejak ke puncak Gunung DaFeng tidak curam tetapi suhu di bawah sifar dan paras rendah oksigen membuat pendaki kesejukan dan cepat penat.
DIHUJANI SALJI: (Dari kiri) Ustaz Jalil, penulis, pemandu gunung (terselindung), Kumaran, Yahya dan Asri menikmati salji yang turun semasa trekking di Lembah Changping.
Salim Omar Ismail

DARIPADA bangunan musnah akibat gempa bumi dan gunung-ganang indah diselimuti salji kepada keseronokan bermain salji dan kesengsaraan dilanda kesejukan.

Itulah pemandangan dan pengalaman yang dinikmati Asri, Kumaran, Ustaz Jalil, Yahya dan saya semasa mendaki Gunung DaFeng, salah satu daripada empat puncak Gunung SiGuniang (Gunung Empat Perawan) di Sichuan, China, bulan lalu.