Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

27 September 2014, Learning Adventure PCF@Tampines West

Majlis pelancaran majalah Cilik Cerdik

Berita Harian terbit majalah dwibahasa dan anjur acara sampingan untuk galak si cilik fasih berbahasa Melayu dan Inggeris

Majlis pelancaran majalah Cilik Cerdik

PUSAT prasekolah Learning Adventure di Tampines dipenuhi gelak tawa kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang menyertai majlis pelancaran majalah kanak-kanak Cilik Cerdik pada 27 September 2014.
Selain menjadi kumpulan pertama yang berpeluang mendapatkan majalah Cilik Cerdik terbitan Berita Harian itu, ia juga peluang bagi ibu bapa meluangkan waktu berinteraksi dengan anak-anak mereka.

Acara pagi itu dimulakan dengan peraduan mewarna dan sesi berkenal suai. Ini diikuti dengan ketibaan tetamu terhormat, Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Dr Intan Azura Mokhtar, yang seterusnya merasmikan majalah Cilik Cerdik.