Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

LIGA JUARA-JUARA

Real Madrid tempah tempat ke suku akhir

LIGA JUARA-JUARA Real Madrid tempah tempat ke suku akhir
GOL: Pemain Colombia Real Madrid, James Rodriguez, meraikan jaringannya ke atas Roma dalam perlawanan Liga Juara-Juara kelmarin. - Foto AFP

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, menegaskan bahawa beliau gembira pasukannya telah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara sekalipun nyaris dikejutkan oleh Roma sebelum mencatat kemenangan agregat 4-0.

Real menempah tempat ke suku akhir selepas menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit babak kedua melalui Cristiano Ronaldo dan James Rodriguez untuk mencatat kemenangan 2-0 di Bernabeu.