Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

MARIA SHARAPOVA GAGAL UJIAN DADAH

'Perbuatan ratu tenis dunia terlalu cuai'

MARIA SHARAPOVA GAGAL UJIAN DADAH 'Perbuatan ratu tenis dunia terlalu cuai'
BERSALAH ATAU KESILAPAN SEMATA-MATA: Sharapova boleh digantung daripada tenis sehingga empat tahun kerana menggunakan bahan terlarang. - Foto REUTERS

LONDON: Perbuatan Maria Sharapova yang menyebabkannya gagal ujian dadah adalah satu "kecuaian yang sukar digambarkan", kata mantan presiden Agensi Anti-Dadah Dunia (Wada), Dick Pound.

Kelmarin, Sharapova, 28 tahun, mendedahkan beliau telah diuji positif menggunakan bahan terlarang meldonium semasa beraksi di Terbuka Australia awal tahun ini.