Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

LIONSXII DIKELUARKAN DARIPADA LIGA SUPER MALAYSIA

Peminat, jurulatih setempat TERKEJUT

Ada berpendapat langkah boleh semarakkan suasana liga setempat

LIONSXII DIKELUARKAN DARIPADA LIGA SUPER MALAYSIA Peminat, jurulatih setempat TERKEJUT
SOKONGAN PADU: Peminat LionsXII ketika memberi sokongan kepada pemain bola sepak Singapura semasa perlawanan peringkat akhir Piala FA antara LionsXII dengan Kelantan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei lalu. LionsXII menang 3-1 dalam perlawanan tersebut. - Foto fail
IRMA KAMARUDIN

PEMINAT setia dan jurulatih bola sepak setempat melahirkan rasa sedih dan kecewa mereka menyusuli keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 'menyingkir' LionsXII daripada Liga Super Malaysia (MSL) pada tahun depan.

Ramai terkejut dengan berita tersebut, dengan ada yang mempersoalkan nasib pemain LionsXII pada masa depan.