Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

LionsXII yakin atasi Pahang

Anak didik Fandi enggan putus asa dan masih harap ke final

LionsXII yakin atasi Pahang
SERBA YAKIN: Fandi Ahmad (belakang, kiri) yang sedang memerhatikan anak didiknya membuat latihan tidak mampu membenarkan gawangnya dibolosi malam ini. - Foto M.O. SALLEH
NORMAN SAWI

DENGAN 'periuk nasi' mereka musim depan kini terjamin, LionsXII menjejakkan kaki ke padang dengan penuh yakin bagi pertemuan genting menentang Pahang malam ini.

Fandi Ahmad dan anak didiknya perlu mengatasi Pahang - juara bertahan Piala Malaysia dua musim berturut-turut - dengan menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol tanpa balas.