Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

PIALA MALAYSIA

LionsXII buru 'bekal' gol dari Pahang

Fandi: Walau perlawanan sukar, kemenangan boleh diraih jika pemain tenang

LionsXII buru 'bekal' gol dari Pahang
TETAP YAKIN: Fandi Ahmad (kanan) berharap anak didiknya dapat kekal tenang sepanjang perlawanan dengan Pahang malam nanti. - Foto ZAINAL YAHYA
NORMAN SAWI

TANPA penyerang utama dan beraksi di stadium yang sarat dengan penyokong lawan, LionsXII memburu kemenangan sulung di Kuantan malam ini.

Meskipun jurulatih Fandi Ahmad akur tugas itu bukan mudah - LionsXII hanya pernah menewaskan Pahang sekali di Kuantan dalam lima perlawanan sejak 2011 - beliau yakin pasukannya boleh berbuat demikian kerana sedar kepentingan menjaringkan gol malam ini.