Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

LIONSXII AKHIRI KEMPEN BOLA SEPAK MALAYSIA

Berjaya di M'sia, apa sumbangan LionsXII seterusnya?

Berjaya di M'sia, apa sumbangan LionsXII seterusnya?
MASA DEPAN DALAM TANGAN SENDIRI: Pemain LionsXII menyaksikan klip video yang menyingkap kejayaan dalam bola sepak Malaysia di Stadium Jalan Besar kelmarin. Pengalaman yang diraih boleh membantu membangun bola sepak setempat. - Foto MOHD KHALID BABA
NORMAN SAWI

TIRAI kempen bola sepak LionsXII di seberang Tambak dilabuh kelmarin, selepas ia disingkir daripada Piala Malaysia selepas tewas kepada Pahang dengan jaringan agregat 4-3.

Lima hari sebelum perlawanan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencetus kejutan - 'menyingkir' LionsXII daripada Liga Super Malaysia (MSL), selepas ia enggan memperbaharui memorandum persefahaman (MOU) dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).