Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Liga Juara-Juara: Real Madrid menang 2-0, mara ke suku akhir

Liga Juara-Juara: Real Madrid menang 2-0, mara ke suku akhir
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama Real Madrid, yang mengalahkan AS Roma 2-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 pasukan Piala Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu pada Selasa (8 Mac). Gambar REUTERS

MADRID: Gol daripada Cristiano Ronaldo serta James Rodriguez dan kegagalan Roma memanfaatkan banyak peluang membolehkan Real Madrid mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 4-0, setelah menang 2-0 pada Selasa (8 Mac).

Edin Dzeko dan Mohamed Salah melepaskan peluang pasukan pelawat di depan pintu gol sebelum dua gol dalam empat minit babak kedua memastikan kemenangan pertama Real ke atas pasukan Italy di Eropah dalam 29 tahun.