Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Izwan cemerlang, bantu Singa seri 0-0 dengan Jepun

【HD画質】日本 vs シンガポール GKマフブードの神セーブ集 W杯アジア2次予選 2015.06.16

Izwan cemerlang, bantu Singa seri 0-0 dengan Jepun
SATU MATA BERHARGA: Pemain Singapura meraikan keputusan seri, dengan bintang Jepun Keisuke Honda memerhatikan dengan sugul.KAZUHIRO NOGI
KUCUPAN WIRA: Izwan Mahbud bersujud syukur, selepas memberikan persembahan terbaik perlawanan.KAZUHIRO NOGI
ANWAR YAHYA

TATKALA bola sepak setempat dirundung satu lagi kekecewaan, pasukan nasional pimpinan Bernd Stange mencatatkan keputusan memberangsang apabila mengikat pasukan gergasi Asia, Jepun, 0-0 dalam pertemuan kelayakan Piala Dunia 2018 malam tadi.

Beraksi di hadapan hampir 60,000 penyokong tuan rumah yang memenuhi setiap ruang Stadium Saitama, penjaga gawang Singa, Izwan Mahbud, mencuri perhatian dengan persembahan pemain terbaik perlawanan bagi mengecewakan barisan penyerang Jepun yang diketuai bintang AC Milan, Keisuke Honda.