Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

LIGA SUPER MALAYSIA JDT LAWAN LIONSXII

Apa rasa Bai dan Hariss berentap dengan rakan lama?

Menyorot kehidupan Baihakki Khaizan dan Hariss Harun dalam pasukan Johor Darul Takzim I

Apa rasa Bai dan Hariss berentap dengan rakan lama?
(Kiri) BAIHAKKI: Satu perlawanan istimewa. (Kanan) HARISS: Saya akan bermain 100% bagi pasukan baru

ISTIMEWA sekali.

Itulah reaksi pertama dua bekas tunggak LionsXII, Baihakki Khaizan dan Hariss Harun, apabila ditanya mengenai pertemuan dengan bekas rakan mereka apabila pasukan pimpinan Fandi Ahmad itu bertandang ke Stadium Larkin bagi pertemuan Liga Super Malaysia (MSL) dengan Johor Darul Takzim (JDT) malam ini.