Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27
Soshiok Halal
Manisnya berniaga...
BUKA KEDAI: Cik Norhafeeza Mohamed Yusof yang mengambil masa beberapa tahun untuk mengasah kemahirannya dalam membuat kek dan pastri, akhirnya menyahut cabaran untuk membuka kedai sendiri. – Foto TUKIMAN WARJI
Attiyah Mohd Said

CIK Norhafeeza Mohamed Yusof tidak pernah berminat dalam bidang membuat kek atau pastri. Namun, beliau akur dengan desakan ibu bapanya supaya mencuba bidang tersebut selepas tidak dapat menceburi bidang kejururawatan yang diinginkan.

Berbekalkan kelulusannya dalam bidang pastri dan kek, Cik Norhafeeza, 25 tahun, mula cuba-cuba berniaga dan mengambil tempahan secara kecil-kecilan sambil membantu dalam perniagaan ayahnya.