Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27
Soshiok Halal

‘Don’t play play, kafe saya kini halal’

 ‘Don’t play play, kafe saya kini halal’
KAMI SUDAH HALAL: Encik Mark Lee yakin dapat meningkatkan penjualan selepas mendapat sijil halal bagi kafenya.
NORHAIZA HASHIM

KAFE OldTown White Coffee di sini telah memiliki sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini setelah menyedari kuasa membeli yang tinggi di kalangan masyarakat Islam.

Dengan sijil halal itu, kafe yang mempunyai lapan cawangan di Singapura itu berharap meningkatkan penjualan sebanyak 20 hingga 25 peratus pada separuh kedua tahun ini dan 30 hingga 40 peratus tahun depan melalui mutu produk yang konsisten dan layanan yang baik kepada pelanggan.