Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27
Soshiok Halal

Buka restoran Vietnam kerana ‘mengidam’

Buka restoran Vietnam kerana ‘mengidam’
JUADAH BARU JADI SANTAPAN : Encik Jumali (bertopi) dan rakan niaganya, Encik Ramly Djamil (kanan), bersama kakitangan mereka di restoran Pho 4A Vietnamese Cuisine, di Jalan Pisang. – Foto M.O. SALLEH
NORHAIZA HASHIM

APABILA Encik Jumali Johari melawat Vietnam bagi menguruskan perniagaannya di sana, beliau sering menjamu selera di restoran-restoran halal yang menjual pho atau mi Vietnam.

Oleh kerana rindu dan mendapati sukar mendapat makanan Vietnam halal di sini, beliau terdorong membuka sebuah restoran halal yang diberi nama Pho 4A Vietnamese Cuisine bersama rakan kongsinya, Encik Ramly Djamil.