SG Bagus Main Menu

Terbang bersama Scoot pada musim cuti ini

JULIANA SHARMINE RIDUAN

DALAMI budaya dan masakan tempatan di destinasi pelancongan Malaysia dan Indonesia yang jarang dikunjungi pada musim cuti sekolah ini apabila anda terbang bersama Scoot.

Syarikat penerbangan tempatan yang ditubuhkan pada 2011 itu kini menawarkan penerbangan sehala ke Kuching dan Kuantan, Malaysia, serta Palembang, Indonesia, yang hanya memakan masa selama sejam.