SG Bagus Main Menu

MENJELANG RAMADAN

Pandai baca Quran dalam 3 hari

Pandai baca Quran dalam 3 hari
DIDAPATI BERKESAN: Dalam masa hanya tiga hari sahaja, bengkel Teknik Cordobana melatih peserta mampu mengenal huruf Hijaiyah dan juga mula membaca Al-Quran. - Foto PERDAUS
KHATIM HAMIDON

CIK Intan Sambri, seorang jururawat peribadi, menyifatkan dirinya kurang berkeyakinan bagi membaca Al-Quran dengan betul walaupun sudah kenal huruf Hijaiyah.

Beliau mula berminat menyertai bengkel Teknik Cordobana 'Belum Pandai Baca Al-Quran Sistem Tiga Hari' kerana kursus itu mengambil masa yang singkat sekali, apatah lagi dengan jadual kerja beliau yang tidak menentu.