SG Bagus Main Menu

TREND BELI-BELAH

Niaga 'online', 'offline' untuk kestabilan syarikat

Niaga 'online', 'offline' untuk kestabilan syarikat
MEMANFAAT TEKNOLOGI: Pengarah Urusan My Lustre, Encik Osman Ali, dalam satu acara yang dianjurkan syarikat itu yang kini menggunakan khidmat pembelian 'online' demi kemudahan pelanggan, sambil mengimbanginya dengan penjualan secara 'offline' - Foto MY LUSTRE
NASUHA AZMI

SEIRING kemajuan teknologi, syarikat My Lustre tidak ketinggalan meningkatkan prestasi syarikat dengan kaedah bisnes secara online atau dalam talian.

Pengarah Urusan My Lustre, Encik Osman Ali, berkata bahawa syarikatnya memulakan perniagaan dalam talian sebagai satu perkembangan semula jadi syarikat apabila gerakan e-niaga mula menular cepat pada 2006.