SG Bagus Main Menu

MENYAMBUT RAMADAN

Madrasah Arabiah bimbing pelajar imbangi kejayaan ukhrawi, duniawi

Madrasah Arabiah bimbing pelajar imbangi kejayaan ukhrawi, duniawi
PELAJAR MADRASAH CEMERLANG: Cik Nur Faizah merupakan antara pelajar Madrasah AI-Arabiah yang berjaya melangkah kaki ke universiti sekular setelah melalui pendidikan di madrasah setempat sepenuh masa. Baru-baru ini, beliau terlibat dalam ekspedisi membantu madrasah di China ketika bersama Persatuan Muslim Universiti Teknologi Nanyang. - Foto ihsan NUR FAIZAH HABIBUL RAHAMAN
Madrasah Arabiah bimbing pelajar imbangi kejayaan ukhrawi, duniawi
BAKAL BERPINDAH: Madrasah Al-Arabiah yang kini berada di bekas tapak Sekolah Poi Ching di Lorong 6 Toa Payoh bakal berpindah ke tapak baru menjelang 2019. - Foto fail
SHAMSUL JANGARODIN

BELIAU pernah merasa janggal apabila melangkahkan kaki bagi memulakan pengajian di sebuah politeknik setempat.

Namun bagi Cik Nur Faizah Habibul Rahaman, kejanggalan tersebut bukan satu hambatan bagi dirinya untuk terus membuktikan keupayaannya mencapai yang terbaik.